Profil Sekolah

Wednesday, June 24, 2009


Bangunan sekolah ini mula dibina bulan Februari 2001 dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Sekolah ini dibina oleh pihak pemaju berdasarkan konsep “design and build”. Ia mula beroperasi pada 10 Februari 2003.
Pendaftaran awal pelajar telah bermula pada 3 Januari 2003 yang telah menerima kemasukan awal pelajar seramai 450 orang serta 20 orang guru. Tahun 2008 menyaksikan bilangan pelajar bertambah sehingga 920 orang dan penambahan tenaga pengajar seramai 55 orang. Sebanyak 25 kelas telah dibuka dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang meliputi pelajar berbilang kaum dan bangsa.

berita 1



Rata-rata Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan sedang sibuk mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah persediaan pertandingan Laman Web PSS Majlis TEKNOPEN N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Bengkel ini diadakan bagi tujuan melatih Guru Perpustakaan Media (GPM) membina Laman Web PSS sendiri bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi berkaitan dengan ICT dan mahir dalam penggunaan Laman Web. Sebanyak 5 buah PKG telah mengadakan bengkel tersebut dan akan diikuti dengan PKG yang lain. Tahniah dan syabas kepada guru GPM kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Darul Khusus dan dapat menerbitkan blog. Sekolah manakah yang akan menjuarai pertandingan Laman Web pada bulan Oktober ini..? Sama-sama kita saksikan pada Majlis TEKNOPEN N9.